APAKAH PIRAMID MAKANAN
Piramid Makanan ialah satu carta yang membantu kita merancang pengambilan jenis-jenis makan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Piramid Makanan juga digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat. Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada masalah satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.
ARAS 1
Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga yang utama. Setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil dalam kuantiti yang paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, roti, mi, bihun, biskut, keledek dan kentang.
ARAS 2
Aras 2 Piramid Makanan merupakan makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah makanan di aras ini dengan banyak dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
ARAS 3
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging yang rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe. Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contohnya susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendak lemak.
ARAS 4
Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini perlu dimakan.
- JOM kita ubah cara pemakanan kita untuk kesihatan kita juga... MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI-
No comments:
Post a Comment