Apabila cuti sekolah bermula semua klinik-klinik mula dipenuhi dengan ibu bapa yang mahu 'mendewasakan' anak-anak lelaki mereka iaitu BERKHATAN. Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana
sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial
skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris
dinamakan 'circumcision'.
Indikasi
Secara lazimnya kebanyakan prosedur khatan yang dilakukan di Malaysia dilakukan kerana tuntutan agama ataupun dinamakan ' ritual circumcision'
di mana prosedur khatan itu dilakukan pada zakar yang normal.
Sebab-sebab perubatan yang mungkin memerlukan khatan adalah keadaan yang
dipanggil 'phimosis' di mana pembukaan kulit pada hujung terlalu
sempit dan menghalang aliran kencing atau paraphimosis akibat kulit
hujung zakar tersekat di belakang glans.

Terdapat juga beberapa kes di mana khatan dilakukan atas sebab-sebab
perubatan di mana terdapat kelainan pada kulit zakar atau khatan
dilakukan untuk memudahkan memasukan tiub dalam saluran kencing bagi
pesakit yang perlu melakukan 'clean self catheterization'.
Keadaan seperti pundi kencing yang tidak dapat berfungsi dengan baik
juga dapat mendedahkan pesakit untuk mendapat jangkitan saluran kencing,
keadaan ini memerlukan kencing dikeluarkan daripada pundi kencing
dengan memasukan tiub ke dalam saluran kencing, untuk memudahkan pesakit
memasukkan tiub dalam saluran kencing, maka kulit yang berlebihan di
hujung zakar dibuang dengan prosedur khatan. Terdapat juga kes di mana
khatan perlu dilakukan kerana kecederaan pada kulit di hujung seperti
apabila kulit pada zakar tersepit dengan zip.
Kulit hujung zakar (preputial skin) mungkin diperlukan untuk
rekonstruksi genitelia untuk kelainan kongenital zakar. Keadaan ini
termasuk hypospadias, epispadias, chordae, buried penis dan micropenis.
Untuk itu berkhatan harus dielakkan atau ditangguhkan untuk keadaan
tertentu tersebut.
Teknik Berkhatan
Secara lazimnya terdapat dua peringkat usia utama di mana khatan dilakukan, iaitu semasa bayi baru lahir ataupun dipanggil 'neonatal circumcision'
dan juga semasa umur kanak-kanak mencecah sekitar umur 7 - 12 tahun.
Khatan juga dilakukan sebagai prosedur sampingan semasa melakukan
pembedahan seperti pembedahan hernia.
Kaedah Plastibel
Khatan yang dilakukan semasa bayi baru lahir biasanya dilakukan dengan
menggunakan bius setempat. Disebabkan zakar bayi yang baru lahir masih
sangat kecil, prosedur ini perlu dilakukan oleh pakar yang benar-benar
terlatih untuk melakukan prosedur tersebut, kerana jika tidak, terdapat
risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi dari prosedur itu. Untuk
melakukan khatan pada bayi, pada kebiasaannya memerlukan penggunaan 'plastibel'.

Kaedah Dorsal slit
- Zakar dibersihkan.
- Kulit zakar dipisahkan dari gland penis dan smegma dibuang.
- Zakar dibersihkan sekali lagi.
- Bius setempat diberi.
- 1 artery forceps diletakan pada frenulum dan 2 artery forceps diletakan pada kedudukan 12 o'clock.
- Kulit digunting pada kedudukan12 o'clock hingga kulit dalam prepuce 0.3 cm dari corona.
- Kulit digunting dikeliling penis dengan mengekalkan jarak 0.3 cm dari corona dan kulit dilebihkan pada bahagian franulum.
- Pendarahan dihentikan dengan menggunakan bipolar atau dengan mengikat saluran darah (penggunaan monopolar diathermy perlu dielak kerana boleh merosakkan bekalan darah pada penis dan menyebabkan kerosakkan pada penis.
- Kulit dijahit dengan menggunakan suture yang boleh diabsorb dengan cepat.
- Tidak memerlukan dressing.
Kaedah Clamping
Terdapat berbagai jenis clamp di pasaran untuk melakukan khatan, sebelum menggunakan mana-mana clamp, pengamal perubatan mestilah cukup terlatih untuk menggunakan clamp tersebut untuk mengelakkan komplikasi. Secara amnya clamp mempunyai dua komponen. Komponen pertama adalah bahagian yang melindungi glans penis dan bahagian yang kedua adalah bahagian yang mengepit lapisan kulit prepuce
dengan lapisan pertama. Dengan ini darah tidak akan mengalir ke
bahagian kulit tersebut dan kulit itu akan mati .Ia mengelakkan dari
perdarahan dan tidak perlu untuk melakukan jahitan. Terdapat kes-kes di
mana clamp tidak jatuh sendiri dan clamp terpaksa dibuang secara manual. Cara melakukan khatan dengan menggunakan clamp:- Pastikan pengamal perubatan terlatih untuk menggunakan clamp yang digunakan.
- Pastikan saiz clamp sesuai dengan pesakit, ini adalah kerana clamp datang dalam berbagai saiz yang berbeza.
- Bersihkan penis.
- Beri bius setempat.
- Pisahkan glans penis dari prepuce.
- Lakukan dorsal slit.
- Letakkan lapisan pelindung glans penis dan pastikan ia terletak dengan sempurna.
- Tarik kulit prepuce dan letakkan di antara lapisan pelindung dan lapisan pengapit.
- Kuncikan clamp tersebut.
- Clamp itu akan jatuh sendiri dalam masa 7-10 hari, jika tidak ia perlu dibuang secara manual.
Komplikasi khatan
- Pendarahan, jika pendarahan berlaku lakukan gentle compression, jika pendarahan berterusan perlu dapatkan rawatan doktor untuk mencari dan menghentikan pendarahan tersebut.
- Jangkitan kuman, pastikan tempat pembedahan sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman, jika berlaku perlu mendapat rawatan doktor.
- Kecederaan pada penis, ini mesti dielakkan dengan melakukan prosedur dengan cermat, sebarang kecederaan mesti dirawat dengan segera.
- Masalah kencing, jika pesakit menghadapi masalah kencing selepas berkhatan, ia perlu mendapat rawatan doktor dengan segera.
No comments:
Post a Comment