Sunday, 26 October 2014

MAJLIS BERSAMA KSN DAN KPPA

Macam biasa kena bertugas lagi.. Bukan senang nak pikul tanggungjawab ni.. sekali buat salah atas pentas abis rosak Majlis.then.orang akan ingat sampai bila2..aduhai kecut perut

Masa ni Amanat Dari YBhg Tan Sri Dr Ali Hamsa (nampak x keseriusan kitaorg yang berderet kat blakang tu..hahaha)

Dayang-dayang wajib bergambar




pastu terus makan xingat dunia sebab dr pg xjamah apa2 makanan Enjoy!!
Tuk Majlis Tersebut Kitaorang order Mee mamak / Laksa Johor / Roti Jala / Kari Kambing / Kuih dan Buah








DEMAM DENGGI

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.
Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi? 
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
  1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
    • Membuang bekas yang boleh menakung air
    • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
    • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
    • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
    • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
  2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
  3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
    • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
    • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
    • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
    • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup


Saturday, 25 October 2014

TALKIMAT TAPPN

Cawangan Khidmat Pengurusan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia menganjurkan satu Taklimat TAPPN...Taklimat disampaikan oleh pegawai dari MINDEF...cam biasa lah jaga pendaftaran peserta...majlis berlangsung secara santai...




Bersama besties dan bos-bos yang sangat sempoi


Monday, 20 October 2014

KESILAPAN TERBESAR IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah. Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu. Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan. Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar. Jika kita menyuruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati waktu dan sering tertangguh, maka mereka lebih mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat kita lakukan. Maka, wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri.
 

Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:

 

Membanding-bandingkan

Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain. Ada ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja. Memanglah tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat kepada anak. Tetapi, kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu bapa berbuat sedemikian. Sekiranya perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, maka subur perasaan cemburu dan iri hati dalam diri anak-anak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing. Yang dikatakan membanding-banding itu adalah apabila kita mengambil contoh seseorang ataupun  menyebut nama seseorang semasa kita rasa tidak puas hati dan sedang memarahi anak. Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.

Cuba lihat contoh perbualan dibawah:
Contoh 1: “Apa hendak jadi kamu ini… Lihat si Ali itu, tiap petang pasti dia balik awal. Lepas itu terus mandi, solat dan belajar. Tidak macam kamu, entah apa hendak jadi nanti.”
Ini adalah contoh ibu bapa yang membuat perbandingan  langsung antara anak dengan si Ali. Anak kita pasti tidak menggemarinya.
Contoh 2: “Orang berjaya adalah orang yang sentiasa menepati waktu. Waktu main, mainlah sepuas-puasnya tetapi bila tiba waktu belajar, waktu solat dan sebagainya, mereka lakukan secara seimbang. Jika kita balik ke rumah awal, sempatlah solat dan mandi sebelum belajar. Badan pun tidak penat, betul ataupun tidak?”
Ini adalah contoh yang tiada langsung unsuri perbandingan. Tujuannya tetap sama iaitu menegur kesilapan anak, malah diselit pula dengan alasan yang munasabah selain daripada meminta anak berfikir dengan menjuruskan perkataan, “Betul ataupun tidak?” Jadi cubalah cari jalan supaya kita tidak lagi membuat perbandingan semasa memarahi anak. Seperti yang dijelaskan awal-awal tadi, contoh kejayaan orang lain sesuai diceritakan sewaktu tiadanya tekanan ataupun desakan emosi dalam diri anak.


Kesilapan Merendahkan Kebolehan Anak

Seringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung. kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak. Ada ketikanya ketika bertemu jiran, kita beritahu mereka mengenai kelemahan anak kita. “Anak saya ni Cik Jah.. entah apa lagi saya hendak cakap.. malas betul hendak belajar.”Itu salah satu contoh ungkapan. Ungkapan ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka, anak percaya apa yang didengarnya. Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu. Ada ketikanya pula, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah. “Kau ini besar nanti hendak jadi apa? Sudahlah malas, degil pula!” Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka. Ibu bapa perlu sedar, setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan. Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu. Mendidik anak adalah proses yang berterusan. Jangan mengharapkan perubahan yang mendadak dalam diri anak. Sebagai pendidik, ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi.
 
.

Memarahi Anak Tidak Pada Tempatnya

Biasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.

Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kana pada orang, cara, masa, tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh marah secara melulu sahaja.Sebab itulah, Nabi Muhammad dalam salah satu hadisnya berpesan, orang yang paling kuat itu adalah orang yang dapat menahan amarahnya ketika dia marah.Ibu bapa sering kali memilih waktu yang salah bagi memarahi anak-anak. Ramai ibu bapa  mengadu, anak-anak mereka tidak suka berterus terang ataupun berbincang masalah dengan mereka.

Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah kurang tepat.Anak-anak tidak mahu berbincang mahupun berterus terang dengan ibu bapa sendiri tanpa disedari menutup pintu berbincangan itu.Waktu anak-anak masih kecil, sama ada dialam tadika ataupun sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung. Misalnya anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru memarahinya.Kita pastinya bertanya, “Kenapa guru marah?” Anak memberitahu yang dia dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul ataupun mengambil barang kawan.
 

Apa tindak balas kita?

Ramai ibu bapa segera marah anak itu sekali lagi apabila mengetahui guru memarahi anaknya itu disebabkan kesilapan anak itu sendiri.

Apa pula perasaan anak?

Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit. Apabila perkara ini berlaku berulang-ulang kali, maka anak tidak mahu berterus terang dan berbincang lagi.

Alasannya, kerana tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa padah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar

Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.

Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.
.

Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik

Ramai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.Apabila anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabakan sewaktu kecil, luahan dan keluhan  hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa.Cuba perhatikan kehidupan kita dengan anak-anak.Adakah kita berhenti membaca akhbar apabila anak kita datang dan bertanyakan sesuatu soalan? Adakah ibu berhenti menggoreng ikan apabila  tiba-tiba anak datang ke dapur dan bertanyakan sesuatu?Kemungkinan jawapanya adalah tidak.Kita menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar. Kita melayan anak sambil menggoreng ikan. Pada kita, apa yang ditanya itu tidak penting.Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting, tetapi cara kita memberikan perhatian itu penting. Maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka sudah dewasa, mereka tidak menganggap kita sebagai penyelesai masalah yang dapat diharap.
 
.

Tidak Mewujudkan Kemesraan

Ini juga satu masalah yang selalu timbul. Dapatkah kita bersabar sebelum memarahi ataupun menegur kesilapan anak?

Ramai ibu bapa mudah hilang sabar.Apa tindakan kita apabila guru sekolah memaklumkan bahawa anak kita ponteng sekolah? Pastinya kita terus memarahinya tanpa terlebih dahulu cuba memahami situasi ataupun konflik emosi dalam dirinya.Jika itu merupakan kesilapan yang pertama, maka kita perlu menasihatinya dengan baik. Ceritakan kepadanya bahawa kita juga pernah menjadi pelajar. Kita juga pernah merasa jemu belajar, tertekan dan sebagainya. Katakan pada anak kita memahaminya.Tanya anak apa yang dia fikirkan sebelum dia mengambil tindakan ponteng itu. Selepas anak kita mula merasa selesa berbincang, jelaskan padanya betapa tindakan itu dapat mendatangkan malu dan merosakkan masa depannya.Sekiranya anak terus ponteng, sekali lagi kita duduk berbincang. Sekali lagi kita cuba fahami perasaan dan fikirannya. Cunakan sentuhan bagi menambahkan kemesraan.

Pegang bahunya semasa berkata-kata. Lihat tepat ke wajahnya. Kalau anak kita masih kecil, maka melutut supaya kedudukan mata kita berada separas dengan matanya.Selepas dia mula selesa, kali ini kita ubah pendekatan. Kita katakan sukar bagi kita menerima yang dia masih melakukan kesilapan yang sama.

Kita perlu memarahinya. Memarahinya bukan kerana kita mahu  melepaskan geram tetapi memarahi anak kerana kita mahu mengajar dan membentuknya.

Terdapat perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu. Anak-anak lebih menghormati kita sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan kita pada kesalahan yang mereka lakukan.Sebabnya, jika kita terlalu marah, maka anak mungkin katakan pada dirinya, “Ayah saya memang macam itu”. Lihat, walaupun kita benar-benar marah, kesannya tiada langsung pada diri anak.Bak kata pepatah, alah biasa tegal biasa.
 
.

Terlalu Memanjakan Anak

Sekiranya terlalu memanjakan anak-anak, mereka akan kehilangan sikap berdikari.

Suka Membebel Dan Mengkritik

Ada pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa seperti ini membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada ketenangan.
Oleh sebab itu, ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa di luar. Mereka berasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui ketenangan setiap kali berada diluar rumah.Cuba perhatikan anak-anak kecil kita setiap kali ada tetamu yang bertandang ke rumah, kenapa perangainya menjadi cukup berbeza? Mereka berani melakukan perkara-perkara yang kita larang.Mereka melompat-lompat diatas sofa. Mereka membuat pelbagai ragam dan semua perbuatannya itu menaikkan darah kita. Ini kerana, mereka tahu diri mereka merdeka ketika itu.Ibu bapa tidak mungkin memarahi mereka dihadapan tetamu yang hadir. Mereka ingin menunjukkan kebolehan dan kepandaian dihadapan tetamu. Mereka tahu kita tidak membebel waktu itu.
Ada ketikanya, kita membebel sehingga ke tahap mengkritik anak-anak. Kritikan yang tidak membina hanya membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur.Kita boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada kepada anak apa yang perlu mereka lakukan.Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina. Bukannya kritikan mencari salah semata-mata.
 

Penutup..

Semoga point-point diatas membantu kita semua mengesan kelemahan yang berlaku dalam proses membesarkan anak dengan sempurna.Membesarkan anak bukan satu perkara yang singkat, ianya satu proses yang panjang dan memerlukan kita memberi perhatian dan kosentrasi yang penuh dalam membentuk anak-anak yang CEMERLANG InsyaAllah dunia dan akhirat.Ingat, hubungan seorang anak dengan ibu bapa tidak putus sehingga ke akhirat.Apabila kita mati, hanya tiga perkara sahaja yang bersama iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang mendoakan kita.

Nota rujukan:
1. Teknik memotivasikan anak cara cemerlang (Dr. Tengku Asmadi)
2. Anakku penyejuk mataku (Ust Muhd Fathi Yusuf & Ustzah Ros Izanuri Jamaludin)

 

 

 

 

 

 

 

 

Sunday, 19 October 2014

MAJLIS PERSARAAN JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Setiap tahun Jabatan akan mengadakan Majlis Persaraan untuk warga Jabatan yang akan bersama sama ada persaraan wajib, persaraan pilihan atau persaraan atas sebab kematian. Jemputan adalah terdiri daripada warga se-malaysia....Majlis diadakan di Dewan Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya...Majlis bermula pada 8.00 malam....Seperti biasa JAWATAN tetap yang diberikan adalah berkaitan SAMBUTAN & PROTOKOL....memang sign sampai pencen kot...hahaha...












Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis...


Friday, 17 October 2014

SAHABAT BAIK SAYA

Assalamualaikum.... rasa tergerak hati nak luahkan dan bercerita mengenai 'SAHABAT'.... pada pendapat saya banyak pandangan atau interpretasi antara sahabat dan kawan. Sepanjang saya berkhidmat dengan JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA saya bersyukur dipertemukan dengan sahabat-sabahat yang sangat memahami dan boleh susah senang bersama...banyak cerita dikongsi bersama...gelak dan tangis bersama...semoga persahabatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat kami... walaupun ada berbeza pendapat tapi alhamdulillah dapat diselesaikan dengan baik...berkongsi cerita dari soal kerja, family hinggalah ke hal ehwal semasa (ceh macam pemimpin lak...hahaha)....



Ini lah sahabat baik saya....yang tudung pink tu IDA RAHAYU atau panggilan manja ida....(manja ke)... hahaha dan yang tudung ungu tu NORASHIKIN panggilan manja eqeen....tq korang jadi sahabat yang baik...semoga persahabatan ini diberkati sentiasa oleh NYA....amin

Thursday, 16 October 2014

PIRAMID MAKANAN

APAKAH PIRAMID MAKANAN

Piramid Makanan ialah satu carta yang membantu kita merancang pengambilan jenis-jenis makan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Piramid Makanan juga digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat. Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada masalah satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.




BERAPAKAN KUMPULAN MAKANAN TERDAPAT DALAM MAKANAN?

ARAS 1

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga yang utama. Setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil dalam kuantiti yang paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, roti, mi, bihun, biskut, keledek dan kentang.

ARAS 2

Aras 2 Piramid Makanan merupakan makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah makanan di aras ini dengan banyak dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

ARAS 3

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging yang rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe. Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contohnya susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendak lemak.

ARAS 4

Lemak,  minyak, coklat, gula dan juga makan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini perlu dimakan.


- JOM kita ubah cara pemakanan kita untuk  kesihatan kita juga... MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI-


Monday, 13 October 2014

PERJALANAN HADIF KE JOHOR


Assalamulaikum....hari yang tenang dan happy....hari ini anakku MUHAMMAD HADIF HAFIZUDDIN akan bertolak ke SEKOLAH MEDINI, JOHOR BAHRU kerana menyertai Pertandingan Futsal Peringkat Kebangsaan mewakili WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA....




Barisan pemain untuk PUTRAJAYA....walaupun kecil tapi boleh tahan diaorang ni....hahahaha (umi lak perasan). Umi sentiasa doakan kejayaan anak umi.

Mereka berkumpul di Jabatan Pelajaran Putrajaya Presint 16....memulakan perjalanan seawal pukul 9.00 pagi...anak-anak kecil ni semua happy...tak tau yang semua parents susah hati...umur muda lagikan baru 6 tahun....apapun semua parents percaya dengan cikgu-cikgu yang sangat bertanggungjawab.



Semoga anak umi dapat melakukan yang terbaik.... perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5 jam agak mencabar untuk anak-anak kecil ini...pelbagai ragam....hihihi...sabar ya cikgu-cikgu


Sampai hostel pukul 2.30..mandi-mandi semua ambik tempat nak baring...penat ya sayang...esok dah nak mula pertandingan...jadi rehatkan badan...semoga perjalanan pertandingan akan lancar dan anak-anak diberi kesihatan yang baik...