Sunday, 14 December 2014

JEREBU

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPU
Status
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:


• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.

RESEPI KEK PELANGI

Sangat terliur tengok kekawam update pasal kek pelangi...so goggle untuk mencari resepi...hukhuk

Bahan-bahannya:
  • 1. 1 pek tepung Sugar & Flour
  • 2. 1/4 cawan susu segar
  • 3. 1/4 cawan minyak masak
  • 4. 1 biji telor
  • Bahan2 Italian Buttercream:
  • 1. 300g gula aising
  • 2. 90g air
  • 3. 4 biji putih telor
  • 4. 300g butter
  • 5. 300g shortening

Cara-cara

  1. Cara2 kek: 1. Pukul sebiji telor hingga kembang + masukkan 1/4 cawan susu & 1/4 cawan minyak. 2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung & kacau rata. Bakar pada suhu 180C~ ulang step yang sama untuk mendapatkan 6 lapisan kek pelbagai warna. (dalam pek ini tersedia 6 pek tepung dengan 6 warna) 
  2. Cara2 buttercream: 1. Masak gula dengan air hingga mendidih & biarkan mendidih selama 20 minit atas api paling kecil & air gula akan menjadi pekat. 2. Pukul telur hingga kembang & tuang air gula ke dalam mixer yang bergerak. Putar sehingga kembang jika diterbalikkan tak jatuh ke bawah. 3. Masukkan butter & shortening sehingga kembang & lembut. 4. Hiaskan kek mengikut warna pelangi.












BAHAYA MEROKOK

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.
Berhenti Merokok
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Sayangkan Jantung Anda
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.


Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
Metanol Bahan Api
Nitrobenzena Gasolin
Karbon Monoksida Asap kereta
Butana Cecair pemetik api
Raksa Logam dalam jangka suhu
Vinil Klorida Bahan utama plastik
Toulena Pelarut industri
Ammonia Pencuci lantai
Arsenik Racun tikus
Kadmium Bahan utama bateri alkali
Stearik Bahan utama dalam lilin
Sianida Racun berbisa

ANAK-ANAK KU DAN BUJANG

04 Disember 2014 jam 9.00 malam anak-anak aku telah melalui satu fasa menjadi dewasa...alhamdulillah tak delah meraung sakan....yang paling terkut hadif (no.2) langsung tak menangis....good job my hero2...


Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan menjadi peyejuk hati ayah dan umi...

UPIN IPIN VS ULTRAMAN DI PICC

Walaupun dah lambat update pasal event ni tetap gak nak upload...(dah tak ada bahan idea lah ni...hahaha untuk assigment)...event ni diadakan di PICC, Putrajaya...mujur aku gi hari jumaat kalau pegi sabtu sure ramai...ada konvokesyen Kolej MAHSA....just memenuhi kehendak anak-anak yang nak sangat tengok...bagi aku dari 5 bintang aku just bagi 2.5 bintang...bukan apa...ramai yang tak dapat tengok pertunjukan disebabkan keadaan yang sempit...sepatutnya pihak penganjur meletakkan kerusi bagi membolehkan orang ramai yang hadir duduk...jadi orang-orang dibahagian belakang juga dapat menyaksikan pertunjukan tersebut...sakit bahu angkat anak...huhuhuhu...





Walaupun event ni biasa-biasa je yang penting anak-anak happy....

ALUMNI EDP-COTI

Program ini adalah program bagi mengumpulkan pegawai-pegawai di dalam sektor kerajaan yang telah menyertai program COTI di Korea. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kerajaan Korea. Program ini telah dilaksanakan pada 10 Disember hingga 12 Disember 2014 bertempat di Puteri Resort Melaka. Ia turut dihadiri oleh Kedutaan Korea di Malaysia.


Hari pertama dimulakan dengan pendaftaran semua peserta...pendaftaran bermula dari 2.00 petang hingga 4.00 petang..


Program ice breaking bermula pukul 8.00 malam...sangat seronok membuat aktiviti...program ini dikelolakan oleh Dr Ming dari Korea...




Peserta dikehendaki bangun serentak....ramai yang tidak berjaya tapi usaha tu penting...


Hari kedua bermula dengan perbincangan....macam-macam isu dibencangkan...apa yang bestnya  banyak info baru diperolehi...pada sebelah petang aktiviti derma darah dan pemeriksaan kesihatan dilakukan...orang ramai yang berada di hotel juga boleh menyertainya...




 Selepas habis program ini kami membuat persiapan makan malam yang bertemakan perkahwinan melayu....sangat seronok dah macam nak buat kenduri kawen anak pulak...hihihi












Pada malam itu juga ada cabutan bertuah...ni yang aku dapat pada malam tu...alhamdulillah


Pada hari ketiga sebelum boleh balik umah Mesyuarat AGM....

 Mesyuarat berakhir pada pukul 11.30 pagi...pukul 12 dah boleh check-out dan pulang ke rumahhhhh....wehuuuuu...

Wednesday, 26 November 2014

ROTI SARANG LEBAH

Disebabkan teringin sangat ngan roti-roti yang banyak diupload di Facebook...maka mengoggle lah resepi....taraaaaa....

Bahan-bahan Resepi Roti Sarang Lebah

2 cawan tepung gandum
(saye gune tepung high protein tambah skit tepung superfine sbb tepung high protein x cukup…)

1/2 sudu kecil yis segera

1/4 sudu teh garam halus

1/2 sudu teh baking powder

1 sudu besar gula halus.

1/4 cawan plain yogurt – suhu bilik ( boleh ganti dengan butter milk)

1/4 cawan minyak jagung(saye guna minyak zaitun)

1/2 cawan air suam

Sapuan – 1 biji kuning telur + sedikit susu sejat

Bahan Tabur – Badam Hiris dan kuaci serta bijan

** suhu 180 api atas bawah, time 20 ke 30min atau sampai nampak roti ke perangan dah masak**

Kuahnya kalau nak siram skali boleh kalau tak nak pun boleh....hihihihi


BERKHATAN

Apabila cuti sekolah bermula semua klinik-klinik mula dipenuhi dengan ibu bapa yang mahu 'mendewasakan' anak-anak lelaki mereka iaitu BERKHATAN. Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan 'circumcision'.

Indikasi
Secara lazimnya kebanyakan prosedur khatan yang dilakukan di Malaysia dilakukan kerana tuntutan agama ataupun dinamakan ' ritual circumcision' di mana prosedur khatan itu dilakukan pada zakar yang normal. Sebab-sebab perubatan yang mungkin memerlukan khatan adalah keadaan yang dipanggil 'phimosis' di mana pembukaan kulit pada hujung terlalu sempit dan menghalang aliran kencing atau paraphimosis akibat kulit hujung zakar tersekat di belakang glans.

http://www.myhealth.gov.my/images/berkhatan01.gif


Terdapat juga beberapa kes di mana khatan dilakukan atas sebab-sebab perubatan di mana terdapat kelainan pada kulit zakar atau khatan dilakukan untuk memudahkan memasukan tiub dalam saluran kencing bagi pesakit yang perlu melakukan 'clean self catheterization'. Keadaan seperti pundi kencing yang tidak dapat berfungsi dengan baik juga dapat mendedahkan pesakit untuk mendapat jangkitan saluran kencing, keadaan ini memerlukan kencing dikeluarkan daripada pundi kencing dengan memasukan tiub ke dalam saluran kencing, untuk memudahkan pesakit memasukkan tiub dalam saluran kencing, maka kulit yang berlebihan di hujung zakar dibuang dengan prosedur khatan. Terdapat juga kes di mana khatan perlu dilakukan kerana kecederaan pada kulit di hujung seperti apabila kulit pada zakar tersepit dengan zip.

Kulit hujung zakar (preputial skin) mungkin diperlukan untuk rekonstruksi genitelia untuk kelainan kongenital zakar. Keadaan ini termasuk hypospadias, epispadias, chordae, buried penis dan micropenis. Untuk itu berkhatan harus dielakkan atau ditangguhkan untuk keadaan tertentu tersebut.

Teknik Berkhatan
Secara lazimnya terdapat dua peringkat usia utama di mana khatan dilakukan, iaitu semasa bayi baru lahir ataupun dipanggil 'neonatal circumcision' dan juga semasa umur kanak-kanak mencecah sekitar umur 7 - 12 tahun. Khatan juga dilakukan sebagai prosedur sampingan semasa melakukan pembedahan seperti pembedahan hernia.
Kaedah Plastibel
Khatan yang dilakukan semasa bayi baru lahir biasanya dilakukan dengan menggunakan bius setempat. Disebabkan zakar bayi yang baru lahir masih sangat kecil, prosedur ini perlu dilakukan oleh pakar yang benar-benar terlatih untuk melakukan prosedur tersebut, kerana jika tidak, terdapat risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi dari prosedur itu. Untuk melakukan khatan pada bayi, pada kebiasaannya memerlukan penggunaan 'plastibel'.

http://www.myhealth.gov.my/images/berkhatan04.jpg

Khatan yang dilakukan pada kanak-kanak yang lebih besar juga biasanya dilakukan di bawah pengaruh bius setempat. Tetapi untuk melakukan prosedur ini kanak-kanak ini perlu ada persediaan mental untuk menghadapi prosedur tersebut. Jika kanak-kanak tidak bersedia dan terlalu takut untuk menghadapi prosedur itu maka prosedur itu tidak harus diteruskan kerana ia meningkatkan risiko untuk komplikasi. Sebelum khatan dilakukan pemeriksaan yang terperinci harus dilakukan pada zakar dan jika terdapat apa-apa kelainan pada zakar pesakit, maka pesakit itu perlu dirujuk pada pakar bedah kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut. Kita hendaklah memastikan pesakit tidak ada masalah pendarahan seperti haemophilia dan seumpamanya, kerana jika pesakit ada masalah pendarahan, pendarahan pesakit mungkin tidak dapat berhenti setelah khatan dilakukan. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah mental atau masalah pendarahan, maka Majlis Fatwa Kebangsaan telah memberi pengecualian kepada mereka dari melakukan khatan. Bagi kanak-kanak yang tidak dapat dikhatankan di bawah pengaruh bius setempat boleh dipertimbangkan untuk di khatan di bawah pengaruh bius umum bergantung kepada penilaian doktor perawat dan merit kes. Terdapat dua kaedah utama untuk melakukan khatan iaitu secara freehand atau menggunakan clamp. Dalam kaedah freehand pula terdapat dua kaedah iatu dengan menggunakan dorsal slit atau guillotine method. Kaedah dorsal slit dianggap lebih selamat kerana ia mempunyai risiko yang rendah untuk kecederaan glans penis berbanding dengan kaedah guillotine.
Kaedah Dorsal slit
  • Zakar dibersihkan.
  • Kulit zakar dipisahkan dari gland penis dan smegma dibuang.
  • Zakar dibersihkan sekali lagi.
  • Bius setempat diberi.
  • 1 artery forceps diletakan pada frenulum dan 2 artery forceps diletakan pada kedudukan 12 o'clock.
  • Kulit digunting pada kedudukan12 o'clock hingga kulit dalam prepuce 0.3 cm dari corona.
  • Kulit digunting dikeliling penis dengan mengekalkan jarak 0.3 cm dari corona dan kulit dilebihkan pada bahagian franulum.
  • Pendarahan dihentikan dengan menggunakan bipolar atau dengan mengikat saluran darah (penggunaan monopolar diathermy perlu dielak kerana boleh merosakkan bekalan darah pada penis dan menyebabkan kerosakkan pada penis.
  • Kulit dijahit dengan menggunakan suture yang boleh diabsorb dengan cepat.
  • Tidak memerlukan dressing.
Kaedah Clamping
Terdapat berbagai jenis clamp di pasaran untuk melakukan khatan, sebelum menggunakan mana-mana clamp, pengamal perubatan mestilah cukup terlatih untuk menggunakan clamp tersebut untuk mengelakkan komplikasi. Secara amnya clamp mempunyai dua komponen. Komponen pertama adalah bahagian yang melindungi glans  penis dan bahagian yang kedua adalah bahagian yang mengepit lapisan kulit prepuce dengan lapisan pertama. Dengan ini darah tidak akan mengalir ke bahagian kulit tersebut dan kulit itu akan mati .Ia mengelakkan dari perdarahan dan tidak perlu untuk melakukan jahitan. Terdapat kes-kes di mana clamp tidak jatuh sendiri dan clamp terpaksa dibuang secara manual. Cara melakukan khatan dengan menggunakan clamp:
  • Pastikan pengamal perubatan terlatih untuk menggunakan clamp yang digunakan.
  • Pastikan saiz clamp sesuai dengan pesakit, ini adalah kerana clamp datang dalam berbagai saiz yang berbeza.
  • Bersihkan penis.
  • Beri bius setempat.
  • Pisahkan glans penis dari prepuce.
  • Lakukan dorsal slit.
  • Letakkan lapisan pelindung glans penis dan pastikan ia terletak dengan sempurna.
  • Tarik kulit prepuce dan letakkan di antara lapisan pelindung dan lapisan pengapit.
  • Kuncikan clamp tersebut.
  • Clamp itu akan jatuh sendiri dalam masa 7-10 hari, jika tidak ia perlu dibuang secara manual.
Komplikasi khatan
  • Pendarahan, jika pendarahan berlaku lakukan gentle compression, jika pendarahan berterusan perlu dapatkan rawatan doktor untuk mencari dan menghentikan pendarahan tersebut.
  • Jangkitan kuman, pastikan tempat pembedahan sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman, jika berlaku perlu mendapat rawatan doktor.
  • Kecederaan pada penis, ini mesti dielakkan dengan melakukan prosedur dengan cermat, sebarang kecederaan mesti dirawat dengan segera.
  • Masalah kencing, jika pesakit menghadapi masalah kencing selepas berkhatan, ia perlu mendapat rawatan doktor dengan segera.

Tuesday, 25 November 2014

ARJUNA BETA - DEDIKASI UNTUK SAHABAT BAIK SAYA

Tanggal 3.6.2014 adalah tarikh paling sedih yang aku lalui...kehilangan sahabat baik untuk selama-lamanya...serius aku sangat rindu kan ko NORAZLINA BINTI BAHARUM...walaupun kau dah xde ina aku tetap akan ingat setiap kata-kata dan semua moment kita bersama...aku kagum dengan ketabahan kau melawan penyakit yang ko tanggung...


Aku doakan kau tenang dan aman di sana sahabat...AL-FATIHAH....

Setiap kali aku dengar lagu ARJUNA BETA air mata mesti menitis....lagu ni lah yang arwah tujukan untuk anaknya 4 bulan sebelum dia pergi untuk selamanya

Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Verse 1

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semuaku

Aku doakan semoga alisha akan manfaatkan setiap lirik lagu ini untuk dijadikan semangat....

CABAR KETAHANAN FIZIKAL DAN MENTAL

Sukan lasak bukan milik mutlak lelaki

Semakin ramai wanita minat aksi agresif

BENARKAH apabila seseorang wanita aktif dalam sesuatu sukan lasak, sifat kewanitaannya akan berkurangan? Sekitar tahun 1920 an dulu, ada pendapat yang mengatakan golongan wanita tidak sesuai bergiat dalam aktiviti sukan atas alasan keupayaan fizikal mereka yang terhad berbanding lelaki. Sebab lain wanita juga tidak digalakkan aktif dalam sukan adalah dibimbangi, persaingan dalam aktiviti sukan akan mengurangkan sifat feminin dalam diri mereka.

Namun, pada masa yang sama juga, kempen penjagaan kesihatan melalui aktiviti sukan turut dijalankan dan wanita turut terdorong untuk membabitkan dalam aktiviti sukan, walaupun bermula dengan yang tidak bersifat perlawanan seperti renang berirama. Kemudiannya mereka mula menceburi sukan lain seperti tenis, besbol, bola keranjang dan juga bola sepak.

Sejak itu, aktiviti sukan yang sebelum ini menjadi hobi dan permainan lelaki turut diceburi golongan wanita. Pembabitan mereka juga bukan sekadar untuk beriadah atau mengisi masa lapang semata-mata tetapi lebih jauh daripada itu. Pelbagai kejohanan atau pertandingan sukan yang disertai lelaki turut disertai wanita tidak kira di peringkat mana sekalipun.

Pencapaian dan prestasi membanggakan yang dikecapi wanita dalam kejohanan sukan sedikit sebanyak menunjukkan pendapat mengenai ketidaksesuaian wanita dalam aktiviti sukan adalah lapuk. Apa jenis sukan pun, walaupun cirinya tampak maskulin atau feminin, bebas dilakukan sesiapapun.

Ciri tertentu dalam sesetengah jenis sukan, terutamanya yang lasak seperti ragbi dan bola sepak secara tradisi dianggap sebagai sukan lelaki manakala yang tidak lasak disifatkan sebagai sukan untuk wanita. Pengkelasan stereotype ini adalah bersandarkan bagaimana masyarakat melihat perbezaan antara lelaki dan wanita.

Sukan untuk lelaki atau sukan yang dikatakan maskulin selalunya bersifat bahaya, berisiko, kasar, pantas, gagah dan mencabar manakala sukan untuk wanita pula adalah yang jenis menyerlahkan nilai estetika dan kesopanan, contohnya seperti aerobik. tarian, gimnastik dan renang.

Bagaimanapun, berbeza dengan pembabitan wanita dalam sukan yang dikatakan sukan lelaki, golongan lelaki jarang pula dilihat terbabit dalam aktiviti sukan yang dikatakan sebagai sukan wanita. Mungkin kebanyakannya risau, jika berbuat demikian, sifat maskulin mereka akan dipertikaikan. Sukan dianggap sebagai medan untuk golongan lelaki membuktikan kejaguhan dan kelelakian.

Walaupun begitu, persepsi negatif dan lapuk mengenai penyertaan golongan wanita dalam sukan tidak seharusnya dijadikan penghalang bagi semua golongan wanita di luar sana sebaliknya mereka harus mengamalkan apapun jenis sukan yang memberi kepuasan kepada mereka biarpun ia dianggap agak kasar bagi golongan wanita.


 banyak sukan2 yang dulunya dimonopoly oleh lelaki - perempuan juga participate
in fact some are really good in it --  such as  kickboxing, boxing, wall climbing,
mountain climbing.. and various xgames...

tak akan kita dengar benda2 ni perempuan akan masuk - zaman dulu...
tapi sekarang - lelaki tak boleh nak claim yang depa conquer all the lasak activity
i.e water rafting.. tak akan kena streotype sebagai sukan lelaki ... kerana ramai
wanita yang bagus juga.. menyertai sukan2 yang mencabar ini...

even kalau kat negara barat, banyak sukan2 seperti yang memang menyeramkan
macam snowboarding.. perempuan pun tak takut... dan ramai yang participate..

however - as a vice versa - banyak lak sukan perempuan lelaki pun nak masuk  eh..
macam netballz la.. tu rata2 memang orang perempuan aje main - tapi nowadays
lelaki pula dah participate and they are good in it too --

it is great to see perkembangan sukan dari masa ke semasa.. dan participation dari
semua  regardless the gender.. -

soon F1 driver - few would be women drivers yang participate bawa renault or
ferrari...eh -- i can bet on that -


Bestnya kalau one day dapat realisasikan impian untuk cuba sukan2 ni terutama ragbiiiiii

Sunday, 23 November 2014

KEROPOK KETAM (CRAB STICK SNACK)

Bahan-bahan:

Crab stick
Tepung Kentucky atau Tepung Crispy (Nona)
Secukup Rasa Maggi
Tepung Gandum
Minyak untuk digoreng

Cara membuat:

1. Carik-carikkan isi ketam (crab stick) tu menjadi kepingan nipis, ikut citarasa masing-masing. Makin nipis makin rangup.

2. Kalau guna tepung kentucky, adun macam biasa dengan telur lepas tu, celup kepingan ketam di dalamnya, kemudian uli lagi dengan tepung gandum untuk mengelakkan melekat ketika digoreng. Kalau guna Tepung Crispy (Nona), campurkan tepung crispy nona dengan 3 sudu minyak dan sedikit air dan sedikit secukup rasa, celup ke dalam adunan tersebut dan uli lagi dengan tepung gandum.

3. Akhir sekali, goreng hingga kekuning kuningan dan garing (crispy). Bila dah sejuk, boleh campurkan serbuk lada untuk perisa tambahan.

SELAMAT MENCUBA !!

Saturday, 22 November 2014

MEMILIH MAKANAN SIHAT UNTUK ANAK-ANAK

Sebagai ibu bapa yang prihatin dan mahukan anak-anak berjaya dalam kehidupan, anda perlulah melabur dalam kesihatan mereka. Berusahalah untuk memberi makanan yang pelbagai, seimbang dan berkhasiat agar anak-anak yang sedang bersekolah dapat membesar dan kekal sihat.
Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di kalangan kanak-kanak sekolah. Berikut adalah panduan am untuk membantu anda memilih makanan sihat untuk anak-anak agar mereka dapat makan secara sihat dan belajar menikmati makanan berkhasiat: Anda juga boleh bekalkan mereka makanan yang berkhasiat disediakan di rumah. Sekiranya ada majlis-majlis di sekolah yang perlukan sumbangan makanan, bekalkan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan potong yang digaulkan dengan jus lemon dan sebagainya.
Beritahu anak-anak bahawa semua makanan boleh memenuhi keperluan pemakanan yang sihat. Tidak ada makanan yang baik atau tidak baik. Kunci utama pemakanan sihat ialah pilihan dan pengambilan makanan secara sederhana. Ajar mereka mengenai pemakanan yang baik dengan cara yang mudah seperti Yogurt dan susu boleh membantu perkembangan tulang yang kuat atau lobak merah membantu anda melihat dalam keadaan yang gelap.
  1. Tumpukan kepada pemilihan makanan yang kaya dengan nutrien
    Sentiasa galakkan anak anda untuk memilih makanan yang kaya dengan nutrien di kantin sekolah. Ajar mereka untuk sentiasa memilih makanan seperti:
    • Buah-buahan pelbagai warna sebagai snek berbanding gula-gula.
    • Sayur-sayuran beraneka warna.
    • Makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang tinggi serat.
    • Minuman bersusu berbanding minuman kordial.
    • Hidangan yang kurang berminyak dan bergula.
    • Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti tempe dan tauhu selain ayam, daging dan ikan.
  2. Tetapkan peraturan makanan keluarga
    Kanak-kanak lebih mudah memilih makanan sekiranya mereka tahu peraturan pemakanan keluarga. Contohnya, setiap ahli keluarga wajib bersarapan pagi setiap hari, susu ialah minuman pilihan selepas makan malam atau snek di sekolah perlulah daripada 5 kumpulan makanan dalam piramid makanan dan yang kurang minyak, garam dan gula.
    Tetapkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi apabila makan di luar, seperti memesan air buah-buahan atau air kosong.
  3. Jadi contoh yang baik
    Kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan orang yang rapat dengan mereka. Sebagai ibu bapa, pemilihan makanan yang anda buat akan mempengaruhi anak-anak. Jika anda memilih makanan yang sihat, anak-anak juga akan mencontohi anda.
    Selain menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincang dengan anak-anak tentang Panduan Piramid Makanan dan pelbagai sajian makanan lazat yang boleh dinikmati.
  4. Masak bersama
    Kanak-kanak lebih teruja dan berminat untuk mengambil makanan sihat apabila mereka diberi peluang untuk menyediakan makanan. Libatkan mereka semasa menyediakan hidangan. Benarkan mereka menambah apa yang mereka gemar dalam makanan mengikut kreativiti mereka. Adakan sesi permainan masak-memasak bersama kawan-kawan mereka atau pergi ke kelas masakan bersama mereka.
  5. Membeli makanan bersama
    Libatkan anak-anak semasa membeli belah atau ajak mereka sama-sama menanam sayur atau buah di kebun, sekiranya ada. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien. Bantu anak memilih satu atau dua bungkusan makanan snek kegemaran mereka yang kaya dengan nutrien untuk dibawa ke sekolah.
  6. Bincang berkenaan pilihan makanan sihat

    Selalulah berbincang dengan anak anda berkenaan pemilihan makanan dan mengapa pemakanan sihat itu penting untuk pembelajaran dan menjadi lebih aktif di sekolah. Sama ada di restoran makanan segera, kantin sekolah atau vending machine, galakkan mereka untuk memilih makanan yang berkhasiat seperti minuman bersusu atau jus buah-buahan berbanding minuman berkarbonat, dan sandwich berbanding keropok kentang.

    Jelaskan kepada mereka bahawa anda selalu memilih makanan berkhasiat apabila membeli barangan dapur atau apabila makan di luar.
  7. Pastikan makanan berkhasiat mudah diperoleh

    Sediakan bekalan makanan berkhasiat di rumah. Ini termasuklah pelbagai buah-buahan seperti pisang, jambu batu, epal dan oren serta sayur-sayuran yang boleh dimakan mentah seperti salad, timun dan tomato (tidak ramai anak-anak yang makan sayur mentah) dan susu rendah lemak atau susu berperisa, keju, yogurt, snek bijirin penuh atau rendah lemak dan biskut bergula.

    Ingatkan anak anda bahawa mereka boleh memilih makanan ini jika mereka lapar dan memerlukannya dalam keadaan tergesa-gesa.
  8. Jadikan waktu makan sebagai waktu bersama-sama keluarga

    Jadikan waktu makan sebagai waktu yang penting untuk semua ahli keluarga. Waktu makan bersama-sama tidak hanya tertumpu pada waktu makan malam, ia boleh juga pada sebarang waktu makan yang sesuai dengan anda.

    Makan bersama-sama mampu menggalakkan pemakanan sihat. Libatkan anak semasa merancang dan menyediakan makanan. Ini akan membantu mereka belajar mengenai  kepentingan memilih makanan berkhasiat dan makan bersama-sama.

JERUK MANGGA ASAM BOI

Sekarang tengah dilanda fenomena mangga asam boi...terliur tgk kat semua blog orang mengupdate pasal mangga ni...ermmmm cuba nak buat lah...yummmy...

kekdahnya :

6 biji mangga muda
20 - 25 biji asam boi
10 - 15 biji cili padi (kurangkan sekiranya tak nak pedas)
2 cawan gula
1 biji limau nipis dihiris (tambah jika guna limau kasturi lagi sedap)

....gaul-gaul dan simpan dalam peti ais...selepas 2 jam boleh makan sambil menghadap tv...


Tuesday, 11 November 2014

TUTORIAL CARA PAKAI SHAWL

 Disebabkan minat ngan shawl so try lah tengok tutorial pakai shawl...macam-macam gaya... Jom try mana yang berkenan...hihihi


 

MAKE-UP

Sejak berkawan dengan BFF yang mak andam ni minat lak nak makeup bagai...walaupun tidak profesional tapi ok lah just muka sendiri...seronok sangat kalau barang makeup banyak n boleh tukar-tukar...tapi costing pulak...google punya google terberkenan pulak ngan cara minah ni simpan dan kumpul barang makeup dia...bila lah akan dapat barang sebanyak ini....



Bestnya lah haiiiii............

KONVESYEN KPSM BIL 2/2014

Jabatan menganjurkan Konvensyen KPSM kali ke-2 di Kinta Riverfront Ipoh, Perak...Konvensyen berlangsung dari 4 November hingga 6 November 2014...Ia dihadiri oleh wakil-wakil KPSM Se-Malaysia...alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar...