Thursday, 15 January 2015

MAJLIS APRESASI KPSM

Majlis ini bertujuan untuk menghargai kakitangan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang bagi tahun 2014...seperti biasa Cawangan Khidmat Pengurusan merupakan cawangan yang dipertanggungjawabkan bagi merealisasikan majlis ini...dan seperti biasalah kami jugalah ahli jawatankuasanya...huhuhu...bila lah nak pencen dari tugas ini... selain anugerah cabutan bertuah juga disediakan...

Sesi membungkus-bungkus....




Di hari kejadian... tak dapat nak ambik gambar lebih sebab bertugas... kami lah AJK nya...





Alhamdulillah rezeki yang diberi oleh NYA....thanks bos sebab nampak apa yang diusahakan sepanjang tahun lepas...moga tahun 2015 ini akan lebih produktif....



dapat cabutan bertuah....x kisah lah kan apa isinya janji bertuah...hahaha




Semoga tahun 2015 ini memberi lebih pegembangan dalam kerjaya dan study...

SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

Tahun 2015 bermula lah kembali rutin harian yang agak 'buzy' menguruskan jadual persekolahan anak-anak memandangkan umi pun bersekolah...tahun ni hero-hero semua semangat nak ke sekolah...Haris dah tahun 4...Hadif tahun 1 dan Haikal pra sekolah...nasib dapat satu sekolah yang sama..so senanglah umi cum driver nak nguruskan bos-bos kecik ni....

Sesi orentasi bermula 2.1.2015...alhamdulillah anak-anak xde lah menangis...so senang lah... memang anak-anak gen y ni sangat2 berani dan berdikari...sepanjang hari orentasi dan permulaan sekolah xde nampak yang nangis atau takut....

Ingat wartawan interview tu saja nak kumpul bahan je...skali masuk paper kosmo...hihihihi




Hadif dipilih untuk anak angkat sekolah... majlis berlangsung pada 12.1.2015 hari pertama persekolahan...





Dilantik naib pengerusi PEWARIS untuk Pra Sekolah SKPP 9 (2).... harap dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin....


Hari Orentasi Sekolah Rendah Agama An-Najah, Putrajaya


First day beli makanan di kantin sekolah..




Semoga anak-anak umi sentiasa dalam lindungan ALLAH dan belajar rajin-rajin ya...

Sunday, 14 December 2014

JEREBU

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPU
Status
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:


• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.

RESEPI KEK PELANGI

Sangat terliur tengok kekawam update pasal kek pelangi...so goggle untuk mencari resepi...hukhuk

Bahan-bahannya:
  • 1. 1 pek tepung Sugar & Flour
  • 2. 1/4 cawan susu segar
  • 3. 1/4 cawan minyak masak
  • 4. 1 biji telor
  • Bahan2 Italian Buttercream:
  • 1. 300g gula aising
  • 2. 90g air
  • 3. 4 biji putih telor
  • 4. 300g butter
  • 5. 300g shortening

Cara-cara

  1. Cara2 kek: 1. Pukul sebiji telor hingga kembang + masukkan 1/4 cawan susu & 1/4 cawan minyak. 2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung & kacau rata. Bakar pada suhu 180C~ ulang step yang sama untuk mendapatkan 6 lapisan kek pelbagai warna. (dalam pek ini tersedia 6 pek tepung dengan 6 warna) 
  2. Cara2 buttercream: 1. Masak gula dengan air hingga mendidih & biarkan mendidih selama 20 minit atas api paling kecil & air gula akan menjadi pekat. 2. Pukul telur hingga kembang & tuang air gula ke dalam mixer yang bergerak. Putar sehingga kembang jika diterbalikkan tak jatuh ke bawah. 3. Masukkan butter & shortening sehingga kembang & lembut. 4. Hiaskan kek mengikut warna pelangi.












BAHAYA MEROKOK

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.
Berhenti Merokok
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Sayangkan Jantung Anda
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.


Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
Metanol Bahan Api
Nitrobenzena Gasolin
Karbon Monoksida Asap kereta
Butana Cecair pemetik api
Raksa Logam dalam jangka suhu
Vinil Klorida Bahan utama plastik
Toulena Pelarut industri
Ammonia Pencuci lantai
Arsenik Racun tikus
Kadmium Bahan utama bateri alkali
Stearik Bahan utama dalam lilin
Sianida Racun berbisa

ANAK-ANAK KU DAN BUJANG

04 Disember 2014 jam 9.00 malam anak-anak aku telah melalui satu fasa menjadi dewasa...alhamdulillah tak delah meraung sakan....yang paling terkut hadif (no.2) langsung tak menangis....good job my hero2...


Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan menjadi peyejuk hati ayah dan umi...

UPIN IPIN VS ULTRAMAN DI PICC

Walaupun dah lambat update pasal event ni tetap gak nak upload...(dah tak ada bahan idea lah ni...hahaha untuk assigment)...event ni diadakan di PICC, Putrajaya...mujur aku gi hari jumaat kalau pegi sabtu sure ramai...ada konvokesyen Kolej MAHSA....just memenuhi kehendak anak-anak yang nak sangat tengok...bagi aku dari 5 bintang aku just bagi 2.5 bintang...bukan apa...ramai yang tak dapat tengok pertunjukan disebabkan keadaan yang sempit...sepatutnya pihak penganjur meletakkan kerusi bagi membolehkan orang ramai yang hadir duduk...jadi orang-orang dibahagian belakang juga dapat menyaksikan pertunjukan tersebut...sakit bahu angkat anak...huhuhuhu...





Walaupun event ni biasa-biasa je yang penting anak-anak happy....